Thursday, November 15, 2012


Ayah Bonda
by Ricky Brian Abraham on Monday, 21 May 2012 at 02:19 ·
Kesepian


Siapalah kita tanpa mereka
Namun...Insan sering lupa
Kehadiran kita ke dunia fana
Berkat kasih ayah dan bonda

Sukar benarkah mengembirakan mereka
Setakat menghubungi sekali sekala
Bertanyakan khabar dan juga  berita
Mendoakan kebahagiaan mereka berdua

Selagi mereka masih hidup
Berbaktilah anak setakat sanggup
Satelah mereka tiada esok
Jelas lah terbongkar kasih tersorok

Jangan tersinggung pesanan aki
Kerana datangnya iklas dari hati suci
Jika kalian mengamalkan nasihat ini
Allah merahmati serta juga memberkati


2012 May21
Pesan Aki
Anon

No comments:

Post a Comment