Wednesday, April 14, 2010

Kesepian Ayah Bonda


Siapa kita tanpa mereka
Namun, insan sering lupa
Kehadiran kita kedunia fana
Berkat kasih ibu dan bapa

Sukar benarkah mengembirakan mereka
Setakat menghubungi sekali sekala
Untuk bertanya khabar berita
Mendoakan kebahagiaan mereka berdua

Selagi mereka masih hidup
Berbaktilah anak setakat sanggup
Setelah mereka tiada lagi esok
Baru jelas kasih yg tersorok

Jangan tersinggung pesan ini
Kerana datangnya dari hati yg suci
Fikir2kanlah dengan teliti
Semoga berjaya mengamalkan pesan ini

Friday, March 5, 2010

Tertib Berseliseh


Dengarlah wahai anaknda semua
Pesan ayahnda yg kurang sempurna
Jadikan iktibar peristiwa yg sama
Berselisihlah ikut hukum agama

Adat berumahtangga berlaku salahfaham
Mengikut nafsu yg selalu waham
Hati bersih bertukar geram
Syaitan dan iblis ikut mengodam

Jangan bergaduh didepan anak
Mereka kini dah menjadi bapak
Sicomel sering tidak memihak
Tapi jiwanya tetap terus mengelegak

Kepada siapa sicomel hendak mengadu
Kalau tidak kepada si ayah dan ibu
Tapi kini mereka pula berseteru
Tinggallah sicomel dalam terkedu

Jangan bergaduh didepan anak
Akibatnya pula amat menyenak
Ayah dan ibu berbaik kelak
Namun impaknya mendalam bagi anak.

Berwuduk dahulu sebelum bertengkar
Berhujah pula jangan mungkar
Minta penjelasan perkara terbongkar
InsyaAllah selesai segala yang sukar

Thursday, March 4, 2010

Singkatnya Bahagia

Ce Fikir sebelum terlambat
Nasi ditanak, bubur yg dapat
Keluarga bahagia membawa berkat
Sempurna jadinya amal ibadat

Jauh jangan disangka mati
Dekat jangan mencari ganti
Hidup biarlah penuh berbakti
Pada keluarga,agama & Ibu Pertiwi

Mula berkasih semuanya indah
Lama kelamaan susut berubah
Fikirkanlah semolek muhasabah
Patut kah digadai kebahagian sudah

Berjauhan bukan alasan kukuh
Dari awal patut di sentuh
Kini terbukti alasan meruntuh
Kebahagian selama ini yg sangat utuh

Isteri dan anak menjadi pertaruhan
Jika suami kurang pertimbangan
Nafsu serakah hendaklah dikesampingkan
Untuk memelihara segala kerukunan

Silap dan salah fitrah manusia
Jangan dijadikan ungkit kata
Sama2lah kita memelihara keluarga
Saling bermaafan kunci bahagia

Wednesday, March 3, 2010

Melayu 1


Bangsa Melayu
Semenanjung Tanah Melayu
Bahasa Melayu
Budaya Melayu

Mungkinkah akan lenyap diangin lalu
Betulkah Melayu dah hilang batu
Kini Hanya tinggal 1
Kaku, layu, pedih dan pilu
Inilah nasib orang namanya Melayu

Kini Melayu terdesak,
Bumi pertiwi diporak
Melayu sesak
Ramai Melayu naik lemak

Hei melayu, mari kita pula mendesak
Sampai masa nya membuang pasak
Toleransi Melayu harus dicampak
Orang Melayu jangan di asak

Patuhi Undang2 kita bertindak
Tak perlu nafsu, tak perlu berlagak
Kerana Melayu tinggi akhlak
Bila Melayu menuntut HAK

Raja di junjung setiap waktu
Kerana Melayu bersyariat setia begitu
Jangan DERHAKA pesan Ibu & Tok Guru
InsyaAllah Pencipta memberkati serta merestu

Monday, March 1, 2010

Pakat Kita Roncho`s

Aku peduli apa
Pada rakyat jelate
Ini agenda bersama
Menjadi Menteri Perdana

Aku banyak berjasa
Sebagai menteri kerajaan kita
Jangan kira dosa pahala
Yang ku hidangkan untuk semua

Di kiri ku kebas
dikanan ku pulas
Dibelakang ku libas
Di depan ku tebas

Aku seorang wira
Kenape nak berkira
Duit banyak melata
Dari Amerika datangnya punca

Jangan bimbang jangan ragu
Aku tetap akan mahu
Tak depan belakang pun laju
Janji kau orang sema bersetuju

Jangan Kau Pergi Tanpa Pesan


Dari Allah dicipta kami
Kepada Allah pulangnya nanti
KepadaNya jua harapan dipenuhi
Redhalah dengan pemergian ku ini

Hanya sekadar menepati janji
Jangan menangis sedih meratapi
Setiap yg hidup pastinya mati
Di Sidratul Munthaha termaktub bukti

Melalui lorong gelap dan sunyi
Yang pergi tak pernah kembali
Tiada teman, keluarga mahupun Nabi
Hanya Ar Rahman Ar Rahim disisi

Kini doa soleh & solehah dimanfaati
Sebagai bekal perjalanan sepi
Gelap gulita dialam Abadi
Entah bila pula akan diadili

Dosa kami banyak sekali
Ibadat dan amalan belum mencukupi
Kira nya sedekah dapat diberi
Aman sejahteralah roh ini

Selamat tinggal dunia yang fana
Perjalanan kami menuju baqa
Selamat tinggal seanak saudara
Semoga Allah sentiasa memelihara...

Di Perantauan


Perasaan,tekanan,kekecewaan sntiasa meruntun
Terasing,terpinggir,sering melantun
Tamu yg tak pernah dipohon
Kehadirannya tak pernah disusun
Jauh diliubuk sanubari
Terpahat rasa tak disayangi
Bukan doa bukan dicari
Aku tetap bersyukur pada Illahi
Ku alami dunia kekecewaan
Satelah kurangnya dunia perhubungan
Namun ku anggap satu cabaran
Bukan dugaan bukan rintangan
Ahli keluarga yang sungguh disayang
Hiduplah kita dialam terang
Tapis yang keroh, yang jernih jangan dibuang
Medepani hari esok hari mendatang
Sekali sekala sudilah berhubung
Menjawab panggilan janganlah sombong
Sentiasalah pelihara perasaan sekuntum
Manis selalu mesra sekalung

Friday, February 19, 2010

Biduk Lalu Kiambang Bertaut


Tanda-tanda malapetaka jelas kelihatan
Akibat dari kerakusan insan
Provokasi, antik politik juga ugutan
Politikus durjana, gila kuasa, dan jawatan

Perkembangan semasa dalam negara
Tak dapat dinafi, usaha berganda
Kerana ingin memerintah negara
Semua digadai, - maruah, bangsa dan agama

Insaflah tuan yang amat durjana
Kuasa, jawatan wang ringgit tak kemana
Hidup seketika di dunia fana
Akhirnya keakhirat kembalinya kita

Iktibar dari peristiwa yang lalu
Amat terasa pedih lagi pilu
Jangan dicabar bangsa Melayu
Tahap kesabarannya dah lama berlalu

Wahai pemerintah bijak bestari
Jangan kau lalai menipu diri
Jika kemelut Melayu tidak di atasi
Lepas PRU 13 neschaya petaka lagi

Apakah tidak serik2 yang pernah dirasai
Peristiwa 13 Mei sukar di lupai
Jangan lengah penyelesaian dicari
Akibatnya buruk tak terperi.

Islam dan Melayu sering dicaci
Bukan sahaja di Malaysia bahkan dinegeri-negeri yahudi
Elakkan jemala diletak kaki
Itulah titiknya jihad sakti.

Tuesday, February 16, 2010

Rumah Gadang Sutan Mankuning


Rumah Gadang Mat Taram Empunya
Tempat Lahir sasterawan negara pertama
Terukir indah bersendikan seni Pahang lama
Tegaknye sebelum 1914 sudah terbina
Rumah bertuah penuh kisah
Peristiwa terlakar penuh sejarah
Untuk kenangan keluarga bertuah
Hayati bersama kisah yg didedah
Kebawah Duli Tuanku payung Negeri,
Sultan Sir Abu Bakar berangkat ke Ketari
1982 peristiwa ini terjadi
Kerumah ini santap mencemar Duli
Tan Seri Yahya bekas MB Pahang
Pernah arwah berkunjung datang
Tun Khalil Yaakob & Toh Puan tetap dikenang
Bersama Dato Seri Nan Yaakob yg turut diundang
Rumah terpacak bertiang seri
Banyak bahagian sudah diperbaikki
Sebuah rumah yg asal di Kg Ketari
Terletak didepan masjid lama yg tiada lagi
Rumah diwariskan kepada anak sulong
Upek namanye dipanggil mak long
Rumah dijaga setiap usaha disanjung
Anak cucu menghuni terus berlangsong

Friday, February 12, 2010

Amarah ( Kesian )

Amaal maakruf Nahi mungkar
Sedap disebut mudah digelar
Hakikat nya sesuatu yang sukar
Amalan hidup yg kian pudar
Dosa dan Pahala diambil kira
Didunia fana ini hidup seketika
Banyakkan ibadat amalan kita
Dialam baqa` hidup sejahtera
Rasa kesian adalah fitrah
Tergolong kedalam nafsu amarah
Kesian jangan sampai susah
Sekadar sederhana mampu mengubah
Kesian kepada orang miskin kedana
Kesian kepada orang kaya perdana
Kesian kepada yang ditimpa bencana
Kesian pada pencuri,perompak, penjenayah durjana
Asal kesian dari kata kasih
Suatu zat kurnia yang amat bersih
Timbul pula selalunya rasa sedih
Sederhanalah diri mengelak pedih
Jika kesian dijadikan pertimbangan
Akan tercerna pula rasa kesayangan
Inilah dituntut didalam sembahayang
Allah azawajalla Maha Kasih dan Sayang

Monday, February 8, 2010

Allahu ` Akbar

Dunia ini Allah yang Empunya
Baik yang Baqa` mahupun yang Fana
Kita dipinjamkan hanya seketika
Insaf lah wahai sekelian manusia

Sesaat bertaffakur amat bermakna
Sedetik berzikir menjemput kurnia
Kalau kita buat tak cha`ana
Tunggulah anugerah yg membawa bencana

Solat wajib jangan ditinggal
Banyak kan yang sunat sebagai bekal
Sedekah jariah sebagai tangkal
Kealam Baqa` akan kekal

Kami sudah dihujung jalan
Tiada apa yang dapat ditinggalkan
Anggap lah ini sebagai wasiat dipesan
Semoga kalian dipelihara dan dikasihan

Friday, February 5, 2010

mim lam alif yawau (melayu )


Bahasa melayu diangkat,
Tanah Melayu dijulat,
Bangsa Melayu di mertabat
Langsung layu
Hidup ini dengan akal singkat
GERAM ku meluat
Terjah, Redah dan JAJAH
Seluruh Umat
Biar peNat
Biar susah lelah
Tetap beribadat agar berkat
BerbaKTi
Menjemput
MenGangkat PeRtiwi,
Itu BanGsa
Bermatabat
Berdaulat

BaNGsa BeRDaulat

Pastinya
Kau mampu Menjelajah
Meneroka MenjaJAH
PeRlunya,
Kaau menjelajah, Meneroka, MenjaJAH
WaJibnya,
SETIAP MUKMIN
Menjelajah, MenerOKa, MENJAJAH
Cara nya
Cara MU sendiri - beRhiJrah, Berhadrah
Ilmu angKasa di terOKai
Dunia diTakluki, di Jajahi
Meredah sempadan Imaginasi
Merentasi dunia, melewati Angkasa
Sidratul Munthaha destinasi SUCI
Insanul Kamil teRpahat di hati

Monday, January 25, 2010

King Ghaz

Kau pergi tanpa pesan
Penuh bermakna penuh ehsan
Tinggalkan kami keluarga Bukit Tersan
Di seluruh Pahang serta kawasan
Kami redha kehendak Illahi
Satelah puas menabur bakti
Pastinya tak akan kembali lagi
Namun kau tersemat dihati kami
Wahai Anak Mat ( abang Ghazali )
Tenanglah kamu menghadap Illahi
Kami disini berdoa seiklas hati
Semoga Roh mu Rahmat dicucuri
Pemergian mu menjemput sunyi
Sepi pula turut menanti
Kami kehilangan perwira jati
Dari kalangan keluarga Tok Demu ini
Bersemadilah Anak Mat diAlam Baqa`
Allah menemani mu setiap detik
Kami tetap berasa syukur
Kurnia Allah yang Maha cantik

Alfatihah... Amin ya Rabul Alamin


25 jan 2010/putrajaya

Cucu Cucu Ku

Melihat si kecil sedang membesar
Suatu Anugerah yang Maha besar
Dada lapang dari gusar

Telatah sikecil yang amat kelakar
Shahiran Shahiman dan Zulaikha
Serta Balqis, Lokman, terutama Arisya
Punya karenah yg sering mendebar,
Dari racun menjadi penawar
Telatah mereka sungguh mencabar
Sisa hidup penuh warna
Sungguh indah lagi bermakna
Rasanye sudah cukup sempurna
Allahu Akbar punya kurnia
Cukup sudah segala galanya
Tak perlu lagi memohon meminta
Sekadar ingin memanjat doa
Semoga kalian terus membesar
Andainya atuk ke Alam Baqa`
Hadapilah dengan penuh sabar
Itulah kehendak Allah yang Maha Besar.

Friday, January 22, 2010

Tangis Sepi

Saat ini...tika ini
seluruh negeri darul takzim
terpaku kelu
menangung pilu
perginya seorang ulilamri
dari titisan nabi
keAlam baqa` kepunyaan ILLAHI
menyelosori lorong gelap dan sunyi
tak akan kembali lagi
Ya ILLAHI ya Rabbi
Kepada mu kami serahkan hamba ini
Kami mohon kasihani
Tempatkan dia disisi
Para syuhadah dan wali
Rahmat Mu dicucuri
Azab kubur dan barzah dihindari
Lindungilah dia disisi...AMIN YA RABBI


0400 am diketari/arbi

Thursday, January 21, 2010

Sepuluh Orang Anak

Hamba tak punyai 10 orang anak...Hanya sekadar 6 orang kurnia mutlak...
Anak angkat berpuluh puluh...Anak saudara beratus ratus...Anak teman dan sahabat beratus ribu...
Tika hamba begini...Saat hamba disini...Amat sepi menjemput sunyi...
Walaupun isteri sentiasa disisi...Menjadi teman setia abadi...Sama sama menanti habisnya hari sisa kami...
Benarkanlah ungkapan
Kasih ayah semasa berada
Kasih ibu membawa ke syurga
Walaupun 10 tidak serupa,
Masing masing sibuk..ah alasan biasa
Kerana tugas membina keluarga
Biarkan sahajalah orang tua ini menderita...
Sedangkan? jasad masih mengendong nyawa
Apatah pula sesudah timbus dipusara?
Hanya hiba, bukan nya marah...Segala kesilapan & dosa kalian...Sudah lama kami maaf
Itulah kisah seorang tua bertuah...

Bilik 306 Hosp Tawakkal 2.45 am 25.11.2009

Rintihan Pak Gad

Hamba seorang pak gad
Mencari rezeki
Menyambung hidup ini.
Tatkala ku buka pintu
Menerkam petualang bisu
Tanpa kata tanpa silu
dibubuhnya
Ditubuh ku berdas das ledakan peluru
Rezeki mu rezeki ku?
Namun Allah mengasihani daku
Sempat ku picit picu
Berdentum bunyi bersepai otak mu
Petualang itu
Rebah tersembam di bumi situ
Aku masih kaku
Beku-bisu-biru dan pilu
Namun hidup ku
Tanpa jemu terus membantu...
Tanpa penghargaan...
Tanpa sanjungan,... hanyalah
sekadar tugas itu
Tetap tugas ku.

Adat Berumahtangga

Dengarlah anak cucu ahli keluarga
Sedikit pesan dari ayahnda
Tika nyawa masih ada
Semoga dihayati kita semua
Mencari bahagia rumahtangga
Anak dipelihara isteri dijaga
Jangan didera diseksa mahupun dicela
Didik dan pimpinlah kearah syurga
Agama kita mesti diutama
Solat berpuasa berzakat bersama
Mencari keredhaan Allah yang Empunya
Hidup bahagia terlepas bencana
Suami curang membawa angkara
Isteri derhaka pasti keneraka
Anakcucu hendaklah menghormati orang tua
Semoga hidup sentiasa berjaya
Elak dari sebarang sengketa
Lidah dan gigi tergigit juga
Adatlah sikit2 bertengkar juga
Iklas dan jujur memelihara keluarga
Duit ringgit menjadi punca
Rumahtangga bergoncang bila dipaksa
Apatah lagi kalau dihina
Susah senang bersama menenangkan jiwa
Jangan cepat salah menyalah
Kelemahan sendiri dulu dimuhasabah
Apakah kita sempurna sudah
Setiap GerakNya dari Allah.

Ya Rabbi

Aku bertasbih bukan
Untuk di puji
Aku bertahmid kerana
Mu, ya Rabbi..
Bermuhasabah mencari diri
Ape kah yang menanti ditahun Hijrah ini?
Ya Rabbi...
Aku sekadar insan disisi
Mengharap, memohon ehsan Mu
Ya Rabbi...
Tidak terbawa rasanye ya Illahi,
Diri kerdil lagi hina ini
Dihadapan Rabul Jalil sebagai Kadhi
Menanti hukuman mebalas dosa2 kami
Ya Illahi, Ya Rabbi...
Ampunkan kami semurah Zat Azali
Jauhkan kami dari neraka membakari
Daging, tulang temulang seluruh diri
Tempatkan kami disisi
Golongan mukmin sejati Ya Rabbi,Ya Illahi