Wednesday, May 15, 2013


Sifat Luammah

by Ricky Brian Abraham (Notes) on Monday, 1 April 2013 at 02:24
Di saat ini
Hatiku terguris lagi
Ibu yang disyangi
Menerima Rahmat Illahi

Tidakkah kau mengerti
Tidakkah kau simpati
Disaat ini
Airmata ku tiada lagi

2 dekad aku menghamba diri
Berbakti melayani
Untuk mencari
Kasih abadi

Mahmmudah yg ku harapi
Luammah yg kau beri
Syak wassangka di hati nurani
Tidak menjemput keredhoaan Illahi

Abang yang ku sayangi
Muhassabah lah diri
Bahagia hidup ini
Ternyata dek pakat suami isteri

Aku tidak mengerti lagi
Bosan dan benci menjelma kini
Apakah akhirnya nanti
Allah jua yang Maha Mengetahui



2.15 am 1 Apr 2013 @ Kg.Ku
Untuk rodongku
nukilan Anon


Benci Berpadah
by Ricky Brian Abraham (Notes) on Wednesday, 15 May 2013 at 01:36

Kerana terlalu benci
Insan Melayu ber split personaliti
Seronok mendengar caci dan maki
Tak sedar yg di caci tu Melayu sendiri

Cina DAP membakar jambatan
Melayu bertepok tangan kesukaan
Tak terpikir akan kelhilangan kedaulatan
Mertabat Melayu dan Ketuanan

Mendengar orator melaong melolong
Yahudi di belakang menjadi rodong
Tak Lama lagi alamat nok berkabong
Melayu berkubor di tepi lombong

 50 tahun bakti dan jasa di tabur
Hingga anak Melayu menjulang obor
Di U di perusahaan perniagaan Melayu betabor
Memegang teraju memimpin mana yg kabor

Datang siKitul yg giler kuasa
Segala fitnah di hidang ke maya
Orang Melayu suka tak terkira
Sanggup menderhaka kepada Raja

Dah lah banduan membawa bendera
Atas nama keadilan dia bercerita
Tak nampak ke dia nak bolot semua
Hipokrit, kronisma, putarbelit amalan biasa

Jangan dikira rasuah dana diterima
Masakan mampu membiaya semua
Di sogok mana yang dikira merbahaya
Di kunci mulut kerana duit disedia

Apa jenis Melayu ini
Isteri orang dia berbini
Mana kiblat dan amalan suci
Dilaongkan dlm ABIM dulu2 lagi

Sudah2lah mengadai negara bangsa
Sudah2lah menderhaka kepada rakyat jelata
Sudah2lah mengimpikan cita2
Hanya Menyakiti anak bangsa

Tak kira pahala tak kira DOSA
Itulah dia PETUALANG BANGSA



Anon 15 May 2013.

Thursday, November 15, 2012


Selamat menyambut Hari Guru
by Ricky Brian Abraham on Tuesday, 15 May 2012 at 16:17 ·
Senarai Nama Guru2ku yg sentiasa di Ingati:

1. Ainon bt Hamzah ( arwah Ibu )
2. Ibrahim bin Abas  (arwah bapa )
3. Semua kakak2ku:( Arwah Zainon, Zaleha), ( Kak Siti Fatimah, Kak Zabedah )
4. Cik Gu Abu Bakar ( bekas ADUN - arwah ) - Sek Melayu Kuala Atok
5. Cik Gu Abd. Rahim bin Mat Salleh ( arwah - abang ipar ) - Sek Melayu Kuala Atok
6. Sidek bin Hanafi ( arwah - abang ipar )
7. Cik Gu Abd Malek bin Abu Bakar ( arwah - abang ipar ) - PPD Kuantan
8. Cik Gu Ismail bin Ishak - Sek Melayu Kuala Atok
9. Cik Gu McIntyre - Sek Menengah Clifford )
10. Ci Gu Davidon Sek Menengah Clifford
11. Cik Gu Dato Idris bin Babjee - Sek Menengah Clifford
12. Ustazah Rahmah bt Syafie - Kelas AlQuraan, Batu 1 K Lipis
13. Lebai Hassan bin Mukim Tod - Kelas AlQuraan, Kuala Atok
14. Ustaz Ahmad - Kelas AlQuraan - Batu 1 Kuala Lipis
15. Cik Gu Zainuddin bin Shariff - Sek Men Clifford & Mahmud Raub
16. Cik Gu Amin Zahari Mahmud - Sek Men Clifford
17. Cik Gu Ismail bin Ishak ( Master Ismail - Sek Men Sulaiman )
18. Cik Gu Chuah - Sek Menengah Sulaiman
19. Cik Gu T.S. Nathan- Sek Men Sulaiman
20. Cik Gu K.S. Nair - Sek Men Sulaiman
21. Cik Gu Shahrom bin Yeop - Sek Men Sulaiman
22. Cik Gu S. Somasundram - Sek Men Clifford & Sulaiman
23. Cik Gu Zabidi - Sek Men Sulaiman
24. Cik Gu Abdullah bin Sultan - Sek Men Sulaiman
25.  Cik Gu Lee - Sek Men Sulaiman
26.  Cik Gu Zubaidah - Sek Men sulaiman
27. Cik Gu Miss Chew - Sek Men Sulaiman
28. Cik Gu Ng Ah Kow - Sek. Men Sulaiman
29. Arwah Aki Long ( Guru  Silat Cikgu Jantan )
30. Arwah Abang Tan bin Long ( Guru Silat Cikgu jantan )
31. Cik Gu Ismail ( Guru Silat Cikgu Jantan )
32. Pak lang Yusuf ( Arwah - Guru Silat Cikgu Jantan )
33. Cik Gu S.T.Turley ( Sek Men Mahmud Raub )
34. Cik Gu V Murugesu ( Sek Men Mahmud  Raub )
35. Cik Gu  Sjn.Zainalabidin ( Pusat latihan Pulapol )
36. Cik Gu Sjn Yusof ( Pusat Latihan Pulapol )
37. Cik Gu Sjn Ibrahim ( Pusat latihan Pulapol )
38. Cik Gu SM Atan ( Pusat latihan Pulapol )
39. Cik Gu K/Insp Yusof panjang ( Pusat latihan Pulapol )
40. Cik Gu Mok Ye Hong ( Pusat latihan Pulapol )
41. Cik Gu Norbert Chong ( Pusat Latihan Pulapol )
42. Supt. Fuller - ( Pusat latihan Pulapol )
43. Cik Gu Darus ( Pusat Latihan Pulapol )
44. ACP Wan Ibrahim ( Pusat Latihan Pulapol ) ( Datuk )
45. ASP Ibrahim ( Dato ) ( Pusat Latihan Pulapol )
46. ASP Mohktar Daud  ( Pusat Latihan Pulapol )
47. ASP Mohktar Hassan ( Pusat Latihan Pulapol )
48. ASP Johnny Tan ( Pusat Latihan Pulapol )
49. Supt. Datuk Wan Yaakob ( E3M )
50. Supt. Hussein Dom ( E3M )
51. DSP Yeoh Seng Hai ( E3M )
52. DCP Abd Hamid bin Dr Latiff  ( Dep DSB )
53. Sjn Abdul Manaf ( PDRM Seremban )
54. Sjn Nordin ( PDRM Seremban )
55. ACP Datuk Mutalib ( PDRM Seremban )
56. ASP Teoh Tiaw Guan ( PDRM Seremban )
57. ASP Loh Peng Kong ( PDRM Seremban )
58. ASP  G.K. Kailasam ( PDRM Seremban )
59. ASP Choong Soo Har ( PDRM Seremban )
60. Supt Abd majid Ismail ( PDRM Seremban )
61. Supt Shamsuddin Jai ( PDRM Seremban )
62. Supt Ariffin ( PDRM NS )
63. Ustaz Lebai Zakaria ( Tg Agas, Pasir Panjang )
64. Supt T.S. Swan ( PDRM Sandakan )
65. Tok Pawang Nong ( Kg Ulu Cheka )
66. P Waller ( OBS Lumut )
67 V Allen ( OBS Lumut )
68. Bob aka Mahbob ( OBS Lumut )
69  Andrews ( OBS Lumut )
70. Mat Kilau aka Mat Siam ( Batu 4 Jln Kuantan/Gambang )
71. Pak Muslim bin Abd Latif ( Kg Lalat Batu Caves )
72. Pak Yahya Said @ Pak Ya  ( Batu 20 Batu kurau )
73. Cik Gu Azmi  Long ( Tmn Greenwood Park )
74. Cik Gu Redzuan Long ( Tmn Greenwood Park )
75. Cik Gu Lee  ( Guru Taekwondo dari Korea )
76. Cik Gu Haji Yusoff ( Silat Kalimah  )
77. Cik Gu Mansor  ( Silat Kalimah )
78. Cik Gu Zohdi ( Guru Silat  Gayung Petani/ Kalimah )
79. Cik Gu Maarof  ( Silat Kalimah  )
80. Cik Gu Muslim ( Silat Kalimah )
81. Cik Gu Dr Gill ( Leicester U )
82. Cik Gu Hal Noble Jacques ( ITC )
83. Cik Gu Dick Ray  ( ITC )
84. Cik Gu William Reddaway  ( ITC )
85. Cik Gu Maurice  ( ITC )
86. Cik Gu frank Connaughton ( ITC )
87.  En R Thangharatnam  ( Advanced Security Network )
88.  Puan Norkasdirela  ( My Wife )
89.  Cik Gu Karmizal Jalil  ( Pengamal Perubatan Alternatif )
90.  Cik Gu Azmi aka Yahya ( Pengamal Perubatan Alternatif )

Kepada mana2 guru yg tidak dapat disebut nama nya disini atas sebab2 tertentu atau tercicir maka saya tetap mengenang jasa2 Tuan2/Puan. Kepada semua yg tersebut diatas samada guru formal mahupun tidak formal, hidup saya tenang damai serta sejahtera olehkerana didikan Tuan2/Puan2... saya berserah kepada Allah swt semoga Tuan2/Puan2 diberi ganjaran sewajarnya atas sumbangan yg tak ternilai harga nya itu. Terima Kasih. Saya sentiasa menyayangi anda semua., InsyaAllah.

Harapan Yang Tinggi
by Ricky Brian Abraham on Sunday, 20 May 2012 at 03:01 ·
Harapan Yang Tinggi


Ada diantara muda mudi zaman ini
Entah kemana Bahasa, Budi Pekerti
Dimana silap jadi begini
Hinggakan maruah rendah sekali

Yang kurik itu kendi
Yang Merah itu saga
Yang cantik itu Budi
Yang indah itu Bahasa

Kemana sudah hilangnya Nilai
Pusat, Punggung terdedah, kain tak sampai
Ketawa berdekah sambil mengilai
Sopan santun dah jauh terabai

Salahkan mereka semua ini
Walhal Ibu Bapa tak ambil peduli
Harapkan Guru disekolah bestari
Cukuplah kita siang bermimpi

Kembalikan mereka ke Jalan yang Benar
Siratul Mustakim itu penuh Onar
Tegur menegur ke jalan sebenar
InsyaAllah, Allah jua memberi Sinar


20 Mei 2012
Tanpa Nama

Al Hisabb
by Ricky Brian Abraham on Sunday, 20 May 2012 at 03:41 ·
Al-Hisabb


Peduli apa Negara Bangkrap
Peduli Apa rakyat sesak
Peduli apa belakang Berkurap
Jadi PM banyak boleh gasak

Janji dulu belum tertunai
Asyik duduk menjamu punai
Dirumah tak cukup, ke hotekl dah sampai
Punai punya hal maruah diri tergadai

Cakap berdegar degar
Tahi sangkut diseluar
Berbicara berbelit bijak memutar
Asalkan pengikut mahu mendengar

Wahai kawan musuh dan taulan
Jangan biarkan kita di telan
Negara ini sudah BERTUAN
Jangan cuba buat tak Ketawan

Hati ini dah lama bersabar
Ada HAD ada BATAS tak pernah GENTAR
Tapi kalau dah sudah melampau
JAMBATAN DAMAI sanggupku BAKAR


20 Mei 2012
Tanpa Nama

Final Bola
by Ricky Brian Abraham on Sunday, 20 May 2012 at 06:59 ·
Bekwoh


Boktan bola ameh weh hokmeh
Hampir semput nyawa komeh
Penoh sesok dek  boktan demeh
Leboh jalan habeh penoh........................lorat Kuala Atok

Oii jang ekau buet apo tu
Bawak keto paling laju
Tak kiro sogan tak kiro malu
Raso2 eden kau nak kono lutu.............lorat Pilah

Hang tak tao sayang nyawa
Hang mampuih aku tetap lena
Tapi jangan hang duk libat pekan sana
Nak pi maket pun sayup semua tak kena.......Lorat P Pinang

Gapo mu pikir negri dok ado undae2
Pandu keto macae supermae
Hok kito susoh mu dok amik kesoh
Lebih baik ajo mu gi bekwoh................................Lorat Kelate

Sayang seribu kali Sayang
Di telan pahit di buang sayang
Jika inilah sikap warga CikSiti Wan Kembang
Hidup mu pasti mengundang malang...................Lorat ke demeh weh ameh tak nye tido lageh



20 me1 2012
Ajen anti macet.

Friend
by Ricky Brian Abraham on Monday, 21 May 2012 at 02:35 ·
Forlorn

You are Divine's gift
So wonderful so cheerful
If only my body could lift
I shall fly to you in a whirlpool

You are so far away
Yet, nay you are so near
Distance always kept us apart
But you are here always in my heart

Longing for you lingers on with speed
Every tick, every pulse continue to vibrate
Pain and suffering now begins to bleed
Body, Mind and soul starts to ache

What will become of tomorrow
One's guess could be anything
Would there be Happiness or Sorrow
Hopes and aspirations shall  come a calling



2012 may 21
ARI