Wednesday, May 15, 2013


Sifat Luammah

by Ricky Brian Abraham (Notes) on Monday, 1 April 2013 at 02:24
Di saat ini
Hatiku terguris lagi
Ibu yang disyangi
Menerima Rahmat Illahi

Tidakkah kau mengerti
Tidakkah kau simpati
Disaat ini
Airmata ku tiada lagi

2 dekad aku menghamba diri
Berbakti melayani
Untuk mencari
Kasih abadi

Mahmmudah yg ku harapi
Luammah yg kau beri
Syak wassangka di hati nurani
Tidak menjemput keredhoaan Illahi

Abang yang ku sayangi
Muhassabah lah diri
Bahagia hidup ini
Ternyata dek pakat suami isteri

Aku tidak mengerti lagi
Bosan dan benci menjelma kini
Apakah akhirnya nanti
Allah jua yang Maha Mengetahui



2.15 am 1 Apr 2013 @ Kg.Ku
Untuk rodongku
nukilan Anon


Benci Berpadah
by Ricky Brian Abraham (Notes) on Wednesday, 15 May 2013 at 01:36

Kerana terlalu benci
Insan Melayu ber split personaliti
Seronok mendengar caci dan maki
Tak sedar yg di caci tu Melayu sendiri

Cina DAP membakar jambatan
Melayu bertepok tangan kesukaan
Tak terpikir akan kelhilangan kedaulatan
Mertabat Melayu dan Ketuanan

Mendengar orator melaong melolong
Yahudi di belakang menjadi rodong
Tak Lama lagi alamat nok berkabong
Melayu berkubor di tepi lombong

 50 tahun bakti dan jasa di tabur
Hingga anak Melayu menjulang obor
Di U di perusahaan perniagaan Melayu betabor
Memegang teraju memimpin mana yg kabor

Datang siKitul yg giler kuasa
Segala fitnah di hidang ke maya
Orang Melayu suka tak terkira
Sanggup menderhaka kepada Raja

Dah lah banduan membawa bendera
Atas nama keadilan dia bercerita
Tak nampak ke dia nak bolot semua
Hipokrit, kronisma, putarbelit amalan biasa

Jangan dikira rasuah dana diterima
Masakan mampu membiaya semua
Di sogok mana yang dikira merbahaya
Di kunci mulut kerana duit disedia

Apa jenis Melayu ini
Isteri orang dia berbini
Mana kiblat dan amalan suci
Dilaongkan dlm ABIM dulu2 lagi

Sudah2lah mengadai negara bangsa
Sudah2lah menderhaka kepada rakyat jelata
Sudah2lah mengimpikan cita2
Hanya Menyakiti anak bangsa

Tak kira pahala tak kira DOSA
Itulah dia PETUALANG BANGSA



Anon 15 May 2013.