Thursday, January 21, 2010

Sepuluh Orang Anak

Hamba tak punyai 10 orang anak...Hanya sekadar 6 orang kurnia mutlak...
Anak angkat berpuluh puluh...Anak saudara beratus ratus...Anak teman dan sahabat beratus ribu...
Tika hamba begini...Saat hamba disini...Amat sepi menjemput sunyi...
Walaupun isteri sentiasa disisi...Menjadi teman setia abadi...Sama sama menanti habisnya hari sisa kami...
Benarkanlah ungkapan
Kasih ayah semasa berada
Kasih ibu membawa ke syurga
Walaupun 10 tidak serupa,
Masing masing sibuk..ah alasan biasa
Kerana tugas membina keluarga
Biarkan sahajalah orang tua ini menderita...
Sedangkan? jasad masih mengendong nyawa
Apatah pula sesudah timbus dipusara?
Hanya hiba, bukan nya marah...Segala kesilapan & dosa kalian...Sudah lama kami maaf
Itulah kisah seorang tua bertuah...

Bilik 306 Hosp Tawakkal 2.45 am 25.11.2009

1 comment:

  1. anakanda puteri bongsuFebruary 9, 2010 at 8:35 AM

    allahu akbar...
    sebak sungguh rasa didada
    tiap kali tiap ketika
    membaca luahan hati ayahanda
    bukan niat terlupa atau alpa
    itulah mengejar enam watak utama
    pada Allah mengadu domba
    kewajipan seharian harap tak lupa
    pada suami mahu jujur,percaya dan setia
    pada ayah dan bonda tak mungkin nak derhaka
    mungkin terkadang terlalu mengejar dunia
    pada anak dicurah semua
    pada kawan seia sekata
    harapnya dapat tunai semua
    tapi apakan daya
    saya hanya hamba biasa
    mohon ampun dan maaf seandainya tersilap kata
    hanya terasa nak coret sahaja
    ~kodek~

    ReplyDelete