Thursday, November 15, 2012


' ALLAHu AKHBAR '
by Ricky Brian Abraham on Monday, 21 May 2012 at 03:35 ·
Allahu Akhbar


Dunia ini ALLAH yang empunya
Baik yang Baqa mahupun yang Fana
Kita di pinjamkan hanya seketika
Insaflah wahai sekalian Manusia

Sesaat Bertaffakkur mengugur dosa
Sedetik berzikir menjemput kurnia
Kalau kita buat Tak Cha'na
Tunggulah balasan yang amat Menyiksa

Solat wajib jangan ditinggalkan
Banyakkan sunat sebagai bekal
Sedekah jariah umpama tangkal
Ke Alam Baqa akan kekal

Kami sudah di hujung jalan
Tiada apa yang dapat di tinggalkan
Anggap lah ini wasiat dan pesan
Semoga Allah sentiasa melindung dan Mengasihan



2012 May 21
ARI

Katak Oh Katak
by Ricky Brian Abraham on Monday, 28 May 2012 at 00:32 ·
Katak

Lompat sikatak Lompat
Lompat lah Tinggi tinggi
Cepat lah Adik Cepat
Mari dengar gurindam Ini

Lompat siKatak Lompat
Lompat ditepi Paya
Berat lah adik Berat
Berat sangat nak ke Putrajaya

Lompat siKatak Lompat
Lompat diPinggir Perigi
Kepat lah adik kepat
Kepat jangan lah guna gigi

Lompat sikatak Lompat
Lompat keatas bendul
Cepata lah adik cepat
Kepala saya dah naik biul


2012 May 27 Ahad
RBA

Ampun Tuanku
by Ricky Brian Abraham on Monday, 28 May 2012 at 01:05 ·
Menjunjung Duli

Sembah Melayu pantulan Budaya
Menjunjung Menghormati penuh Setia
Ulil Amri, Sultan beserta Raja Bestari
Bukan ditarafkan Keagungan Illahi

Yang di sembah bukan Diri Insani
Hanya sekadar Menjunjung Duli
Kerana Melayu tinggi Pekerti
Adat dijunjung sya'riat di patuhi

Derhaka kepada UlilAmri
Sama lah seperti Ahlul bait di khianati
Apa kah hidup Kamu, tak akan mati???
Balasan Allah sakit tak terperi

Diri mengaku penganut Islam sejati
Namun kerana ingin menjadi Menteri
Sanggup mohon derhaka dan Raja dicaci
Jenis Apa Melayu Begini?!!!!

Cari lah Negara Beraja yang difikir elok
Bawa keluarga dan harta berkepok
Pindah keluarlah dari Kelompok
Rumpun Melayu Bangsa yang amat Tawadhuk



20112 May 28 Isnin
@ teratak mangkuning, ketari
Bentong

Ini lah Aku
by Ricky Brian Abraham on Monday, 28 May 2012 at 01:47 ·
JOLOK


Aku peduli Apa
Pada Rakyat Jelata
Ini Agenda Bersama
Menjadi Menteri Perdana

Aku banyak Berjasa
Sebagai Menteri Kerajaan kita
Jangan kiralah Dosa Pahala
Tetap Ku hidang Untuk Semua

Di Kiri Ku KEBAS
Di Kanan Ku PULAS
Di Atas Ku CANTAS
Di Depan Ku TEBAS
Di Belakang Ku LIBAS

Aku Seorang Wira
Kenapa Nak Berkira
 Duit Banyak Melata
 Dari YAHUDI Datangnya Punca

Jangan Bimbang Jangan Ragu
Aku Tetap Akan Mahu
Tak Depan Belakang pun SAPU
Janji, Kau Orang Semua Setuju

Ini lah AKU
Itu lah AKU
AKU AKU dan Aku!!!!!!




2012 May 28 Isnin
RBA
@ Teratak mangkuning

Tasik Yang Damai
by Ricky Brian Abraham on Wednesday, 30 May 2012 at 11:43 ·
Tasik Itu


Berjaluran
Tenang tanpa mengalir
Di rembess titik2 suci
Rintik2 hujan pagi
Tasik itu
Putrajaya

Di Blok B,C dan D
serta di Presint 1, 2, & 18
Lain pula cerita nya
Tasik itu
Damai abadi
Kini

Tasik itu
Mula bergelombang
Katak katak rengkok
Melompat kesana sini
Ingin Menawan
Tempat yang Utama

Tasik itu
Sudah berubah
Medan perjuangan
Katak2 itu masih
Ingin menodai
Kesucian Tasik ini

Mungkin mertabat
Dan kesucian nya
Damai dan Tenang
Hanya menjadi
Kenangan manis
Namun pereka tasik ini
Tinggal kesisi



2012 May, 30
Ari aka RBA
Blok F Tingkat 3 Unit 04
18R8

Menanam Tebu DiBibir Mulut
by Ricky Brian Abraham on Wednesday, 30 May 2012 at 12:41 ·
Janji


'Jangan suka berjanji
Kalau tak ingin di tepati
Janji membawa akibat'
Pedih
Sakit
Geram
bercampu baur
Sabar
Mungkin bersebab
Beralasan
Jangan Mudah melatah
Berikhsthigfar dan berzikirlah

Munafik
Syariat menetukan
Andai janji tinggal janji
Walau sebesar zarah
Jangan di amibil mudah
Janji...
Janji ditulis
Andai tak ditunai
Perit seksa pasti sampai

Berjanji dan Bersaksi lah
Dengan Yang Satu
Dia penyelesai segala masaelah
Yang pasti dan Tentu...


2012 May 30 ARI aka RBA
@ Prescint 18 di teratak 18R8

Hijrah Semusim
by Ricky Brian Abraham on Sunday, 20 May 2012 at 02:46 ·
Hijrah Semusim


Aku Bertasbih bukan
Untuk di puji Diri
Aku Bertahmid kerana
Mu, Ya Rabbi

Berhmuhasabbah...Mencari Diri,
Apakah  menanti di tahun Hijrah ini

Ya Rabbi
Aku sekadar Insan disisi
Mengharap, memohon Ehsan Mu
Ya Illahi

Tidak terbawa rasanya Ya Izzati
Diri Kerdil lagi Hina ini
Didepan Rabul Jalill sebagai Kadhi
Menanti
Hukuman membalas dosa2 kami

Ya Illahi, Ya Rabbi
Ampuni kami semurah Fitrah Azalli
Jauhkan kami  dari Neraka
Yang Membakari
Tulang Temulang seluruh diri

Tempatkan lah kami diSisi
Dalam golongan Mukmin Sejati
Dalam ' Kandil Muaalaff '  Mu
Ya Illahi Ya Rabbi